Pengikut

Isnin, Jun 24, 2013

Sok sek sok sek... oh jerebu!

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Bila jerebu melanda, dada sesak, tekak pun kering dan gatal jer..
Dan seminggu saya ni selsema.. start dari demam balik dari Jakarta arituh, sambung plak ngan batuk n selsema huhuu

Bila duduk bertapa dalam rumah je ni, inilah masanya nak berhoneymoon dengan mesin jahitkan...
Tengok niii... mangsa cutter si mesin jahit tepi.. tercubit kain atas tuh huhu padan muka

Padan muka sebab masa nak menjahit ni dah masuk maghrib, tapi nak jugak teruskan dengan jahit tepi tuh, pastu tak pasang lampu yang betul2 atas mesin jahit tuh.. bajet mata kucing tuh, dalam gelap pun boleh tengok kikikiki...
Moral of the story.. dah masuk waktu solat, sila berhenti menjahit dan solat dulu yerr

Nasib baik ada si Abang NV950 ni, deco stitchnya boleh tahan banyak...
Nampak lagi tak?

Nak cari balik kat mana koyak tadi pun kena belek2 dulu baru jumpa, so kiranya  fully covered ler tuh hihi

Inilah hasilnya..

Telekung untuk diri sendiri, dari lebihan kain baju sekolah Izzah.
Nampak tak sambungan tuh... actually kain tuh dah pendek untuk saiz telekung saya, tapi remaining kain yg panjang2 banyak lagi, so saya potong jer mana yang dapat, then sambung dengan balance kain about 6 inches.. then baru letakkan lace. Lace pun simple jer, tak suka rambu ramba sangat.

Bahagian muka tuh saya guna cotton lace, agak lembut dan tak berbekas kat dahi bila sujud.. (eks paham tak maksud saya?)

Kiranya telekung untuk terawihlah niii.. tapiii harini dah start pakai hahahaha...

Harini dah nisfu Syaaban kan.. hajat saya nak berpuasa, tapi keringnya tekak ni, batuk n selsema makin teruk plak, harap Allah permudahkan sampi ke petang nanti.

Till another story..wassalam


Regards;
 

3 ulasan:

  1. Alat lengkap, kemahiran ada tak susah nak jadikan yg 'tersilap' makin jadi cantik.

    Anak dara kecik kakak pulak malam dah kata ok nak ikut puasa tapi bila kejut sahur dia kata tak jadi pulak hmmm.... tak puasalah dia sorang..

    BalasPadam
  2. Tak dapat puasa nisfu saaban , ABC , tak ada rezeki. Ada juga kain putih lebih baju sekolah. Ingat nak buat untuk sofiya.

    BalasPadam

Love your comments...