Pengikut

Jumaat, Jun 24, 2011

Scrap and me..

Semalam saya bermalasan sahaja.
Malas nak masak dan Izzah plak request nak makan meggie sebab this month belum lagi makan meggie, hehe saya cuma benarkan sebulan sekali sahaja boleh makan meggie, kejam tak eks. Kalau boleh nak buat syarat 6 bulan sekali jer hahaha

Malas jugak nak mendobi kain, last2 pagi ni baru teringat yang baju sukan Izzah tak basuh lagi, sedangkan esok ada acara sukaneka tahunan kat sekolah dia wakaka.. Terpaksalah ku kerah jari2 ini untuk membasuh menggunakan tangan, hopefully hari ini cuaca panas dan kering lah..

Malas nak menjahit, tapi dok mengemas barang2 saya yang bersepah tuh dan terjumpa plak heavy cotton scrap.. aikk tetiba mood malas saya ni terbang melayang plak.. teringatkan meja makan saya tuh selalu takde alas, terutama bila nak letak mangkuk panas. Alas yang sedia ada selalu di kidnap oleh si cerek panas hahaha

dan saya pon start cantum2 scrap yang ada.. then cari2 scrap binding, cantum sana sini.. maka jadilah ini

no matching colour rules yer...



Lupa plak nak ambik gambar belah belakangnya, actually saya letak satu lapik (jadi mcm poket) yang mana alas ni boleh jugak dijadikan pot holder, kiranya 2 in 1 lerr. So lepas ni, meja ku itu tak lagi kepanasan..

Haaa hari ni dah hari Jumaat. Bestkan.. esok cuti.. esok juga pay day.. esok juga Izza ada sukan sekolah, dan hari ahad kami akan ke kenduri kawin di N9... tengah fikir2 nak buatkan apa untuk hadiah kawin nii.. or susah2 nanti, beli jer lah kan. But still I am more towards making it myself.

Selamat Berhujung minggu semua... Happy weekend

Regards;
 

14 ulasan:

  1. Selamat berhujung minggu Mila. Selamat bersukan buat Izzah dan akhirnya, selamat makan kenduri. :)

    BalasPadam
  2. Mila, walau pun dari scraps nilai handmade dia tak akan jatuh..... sebabb ada seni di blend kan bersama ...... Passion!

    Selamat berhujung minggu bersama keluarga!

    BalasPadam
  3. wani suka jahit bantal kecik...pastu tulis nama pengantin...hihi

    konpem hadiah kita lain dari yg lain :)

    BalasPadam
  4. Dari scraps pun menjadi, kak Mila buat. Selamat berhujung minggu! ^_^

    BalasPadam
  5. tak terikut ku rentak si mila nih...tersangat le rajin dan kreatif...kau sumber inspirasiku..hee!

    BalasPadam
  6. rajinnye,nurulnye scrap bertimbun dah malas je nak wat pape..ade pun wat doll tue je hehe

    BalasPadam
  7. K.D.. selamat berhujung minggu jugak, betullah, scrap ni kalau blend betul mmg jadi cantik.. n banyak gunanya

    BalasPadam
  8. AIM (Aku Ibu Muda)... good idea jugak tuh kan, akak pon ada 1 bantal yg belum guna kat rumah tuh, juat nak buat cover jerr emmm ada lg 2 hari buat, sempat kut eks

    BalasPadam
  9. AnaLisa... saya ni addicted to mesin jahit kut hahaha..

    BalasPadam
  10. SewLove.. nurul boleh buat mcm2.. kalau tak pon pos kat akak wakaka

    BalasPadam
  11. ct pun sekarang ni malas sgt nak start menjahit,dah lama tak buat projek baru

    BalasPadam
  12. klo dh orgnya kreatif, tampal2 pun hasilnya tetap meletop!!!

    BalasPadam

Love your comments...