Pengikut

Rabu, Februari 08, 2012

I am back.... to my machine

Saya masih keletihan, walaupun dah 3 hari majlis kenduri berlalu.
Lack of sleep and I kept on moving around.
Bila dah habis kenduri, banyak plak barang2 yang perlu di simpan dan dikemaskan.
Tapi mungkin lebih bertuah dari zaman saya dulu, sebab dulu kami pinjam barang2 untuk kenduri seperti kawah, periuk, pinggan mangkuk etc etc dari surau, menjadi tanggungjawablah nak memulangkan semula ke surau kan. But now, semuanya disewa. Apa yang perlu kami lakukan adalah cukupkan bilangan barang2 yang disewa, letakkan satu tempat.

Dan macam tu lah kalau kenduri di kampung, masih lagi ada saki baki kerja gotong royong untuk kenduri kendara ni. Walaupun tidaklah seperti dulu.

Dulu-dulu, seingat saya kerja2 kenduri ni bermula beberapa hari sebelum majlis berlangsung lagi. Its long time ago, masa tuh saya masih lagi budak2, suka tolong bungkus gula2 untuk cenderahati majlis kahwin, sambil2 tuh boleh makan gula-gula jugak hahahaha

Dan di zaman sekarang, dah ada yang mula beralih ke catering services, tapi seperti majlis2 di KL ni, majlis yang menggunakan khidmat caterer tidaklah semeriah majlis kenduri secara bergotong royong. Kebanyakan tetamu akan pulang selepas habis makan. Tapi zaman dah berubahkan, agak2nya, suatu hari nanti jangan mimpilah nak makan sayur umbut kelapa kalau ke majlis kenduri, or gulai kawah.. yum yum.

Dah balik rumah sendiri terasa plak boringnya, senyap sunyi jer, Izzah layan TV jer memanjang. Untuk menghilangkan boring "terpaksa"lah saya merajinkan diri, potong kain untuk cloth pantyliner niii... ahaaa.. saja cari alasan kan.

Restock my 6th Version
With 4 layers of flannel, memang sesuai sangat untuk daily use.
Saya dah kekurangan bamboo fleece, so terpaksalah guna alternatif lain plak kan. Good thing is, ianya lebih murah..

Mixed and matched..


Bila dah tengok gambar kat PC baru perasan yang ini gambar sebelum isi snap button hahaha..

And lastly, saya letak gambar bilik pengantin dengan segala dulang hantaran yang ada. Opssss.. saya ni tergolong dalam golongan minimalis, jadi sememangnya tidak boleh di harap untuk menghias dulang hantaran.
Cuma satu sahaja hasil kerjatangan saya di sini, bukan satu dulang tau, only part of the work jer, agak-agak ada sesiapa boleh teka tak?



TQ for visiting..


Regards;
 

10 ulasan:

  1. Towel ke apa yg nmpk mcm ada sulam tu..btl x?...

    BalasPadam
  2. a ah nurul pun rasa yg sulam2 kat towel tue..

    BalasPadam
  3. Ajnie & Nurul.. tersangatlah betulnya, lain2 tuh saya pandang jer hahaha. Orang tanya cantik tak camni, saya angguk jer. Kiranya jadi pakar rujuk cantik ke idok jer hehehe

    BalasPadam
  4. ooo... ada new family member yer??? tahniah.. mila.. walau partly tapi berharga tuh.. sentuhan special ...hehehehh

    BalasPadam
  5. Kenduri memang penat...last year kenduri adik I yang demam 3 hari...mana xnya..anak sulung perempuan.Dah mcm ganti tempat mak.Masak makan beradab, masak lauk tambahan untuk rewang.End-up...pengantin dah dok bersanding diriku masih bau bawang.Buat baju punya cantik...x sempat nak melaram pon pakai baju dapor je.I berdoa...kalau adik2 yng 2 org tu nak kahwin..biarlah I ada anak kecik....rileks sikit....hahahha.Mila...towel pon ok je...saya bab hantaran fail terus...kalau hias bilik pengantin...adalah seninya juga.Masa adik kahwin...saya tolong buat bunga tangan je.

    BalasPadam
  6. Kak Jamilah.. yup addition to our family, hari ini diorg balas kunjungan ke belah lelaki, esok kenduri kat sana, tapi sayang saya dok kat opis ni keje uhuk uhuk. tgh minggu, tak dapat nak join

    BalasPadam
  7. Tyha, mmg penat teramatkan. kali ini makan pengantin pun kami sub kat orang, so bayar jer. kalau tak lagilah kelam kelibut haha. Rasa nak pitam pun ada... ada lagi 4 orang adik yang belum kawin ni aduhaiiiiii

    BalasPadam
  8. aku nak teka yg kiri sekali tu..hehe salah nmpknya..

    BalasPadam

Love your comments...