Pengikut

Isnin, Oktober 29, 2012

Cerita raya dan cerita fabrik

Salam Aidiladha kawan2 semua
Ada yang mengerjakan ibdah korban tahun ini? 

Pada yang pergi haji tuh.. seronoknyerrrrrr kan. Suka sangat tengok TVAlhijrah.. especially dokumentari khabar haji dari sana. Saya berdoa banyak2 agar dapat pergi haji dalam masa setahun dua ni, menyempurnakan rukun Islam yang ke lima (register lambat tapi berangan nak pergi awal kan hahaa).

Kami beraya di kampung, tapi Sabtu petang dah balik ke KL, sessi berenang punya pasal.
Dah balik KL, sempatlah menjahit serba sedikit, 
Yang ni sarung bantal, sedondon dengan quilt comforter vehicle arituh..

First time buat bantal karipap yum yum hihi

Bantal2 ni tak termasuk dalam set, sebab tuan punya dah ada bantal sendiri, tapi saiz bantal ni sama dengan bantal yang saya ada, sajer lah try test kan..

Oh ya... nak buat pengumuman sedikit, mulai hari ini, saya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi menerima fabric dari customer untuk patchwork & quilting. Memandangkan mungkin ada yang tidak faham macamana nak buat patchwork, terutama kualiti kain yang saya perlukan. 

Tambahan pula saya menjahit ni sebagai hobby, and I am happy playing with beautiful fabric. Kalau fabricnya tak cantik or bukan quilting quality, saya pun stress, nak potong pun stress, nak jahit pun stress maka akan jadilah produk stress plak kang hihihi. Dan kalau dah hantar fabric dan saya pulangkan pun mesti anda plak stress kan, so ada baiknya kita hapuskan stress ini awal2 yer hihi

Tapi andai anda nak buat sarung tilam or sarung bantal yang takde nak patching2, saya masih boleh pertimbangkan... cuma peringatan yang penuh kasih sayang (cheewahh) dari saya, pertimbangkanlah untuk beli fabrik yang lebih mahal dari polycotton untuk baby anda. Upahnya sama sahaja.

Macamana nak bezakan polycotton dan cotton? Andai anda biasa ke Nagoya Texstile, kalau yang berharga RM3 itu adalah polycotton, ianya agak keras, cepat luntur dan berbulu dan agak panas. Tapi kalau yang berharga RM9.80 tuh adalah cotton, mungkin bukanlah 100% cotton, tapi lebih sejuk dipakai, dan tidak luntur. Harga di Kamdar pun rasanya lebih kurang sahaja, but sorry, kalau di kedai lain saya kurang pasti.

Untuk produk handmade yang saya buat pula, saya akan pastikan ianya dari fabric yang 100% cotton, so that worth buying. Beli dari mana? Sesetengah saya beli di local store seperti Nagoya or Kamdar, dan yang berharga lebih dari RM10++, dan ada jugak saya beli dari online local shop, dan ada jugak online dari US, terutama kalau ada discount dan USD rate rendah.

Ok.. thats all for today. Pada yang berkira2 nak hantar fabric tuh saya mohon maaf banyak2 yer.


Regards;
 

12 ulasan:

  1. Oh! Seronok nengok hasil tangan Cik Mila tu. Tips pasal pilihan kain tu, sayasetuju amat. Memang betul. Lebih cotton lebih bagus untuk quilt. Untuk saya yang sering bertumpu di jalan TAR, tak nafikan ada beza antara RM8.90/9.90 dengan yang RM12.90. Lebih kekotonannya lebih senang kerja jahit menjahit dan hasil lebih cantik. Biasalah tu kena belanja lebih sedikit untuk dapat kualiti yang berbaloi. Kalau murah sangat, nanti jahit penat-penat, pakai kejap jer. Kesian owner dan kesian kat tukang jahit juga. :-)

    BalasPadam
  2. setuju sangat dengan akak!!!
    nak hasil cantik tapi kasi kain yg low quality? how come?

    ps:akak punya kerjatangan mmg superb!!!

    BalasPadam
  3. alahai...cantiknya hasil keje...
    yummy la bantal karipap tu..hahahah

    haishhh...nk tempah utk sendiri pun berkira ke...beli kain yg murah hasilnya pun x seberapa kan..dan x tahan lama..kena beli lagi..kan dh jd double cost tu...a

    BalasPadam
  4. Sebaiknya kalau nak beli biar tuan yg menjahit memilih pada kakak itu lebih mudah kan...

    Cantiklah bantal karipap tu:)

    BalasPadam
  5. So cute, you are getting good

    Jom join my giveaway mymomsbest.us

    BalasPadam
  6. Adilla.. betul tuh, lain harga lain rasanya. Bukanlah nak kata yg mahal itu bagus sangat, tapi jangan sampai menang membeli kalah memakai kan. Dan satu plak kalau product utk baby, kesian baby tuh panas....

    BalasPadam
  7. NoEn.. outcome cantik kenalah dari material cantik kan.. kalau polycotton tuh, kena iron pun cair, camna nak jahit dan berpatchwork, sedangkan ironing tuh mmg tak dapat dipisahkan

    BalasPadam
  8. Cida.. ye betul. Tak pasal2 nanti kang pakai tak sampai setahun dah lunyai dan pecah2, nnt salahkan tukang jahit plak...

    BalasPadam
  9. TQ kak zakie... kekadang orang sangka tukang jahit banyak buat duit sbb guna kain sendiri+upah lagi kut. Itu yang rela nak guna kain sendiri.

    BalasPadam
  10. TQ Sherry.. I am heading over to ur blog..

    BalasPadam
  11. emm... betul tu mila. polycotton tu panas, cepatlusuh dan mudah berbulu. tak selesa untuk baby. bukan saja baby, untuk yg besar pun tak sesuai juga. itu ikut pengalaman melor nilah kan. mahal sikit takpa janji anak2 selesa pakai. suka tgk koleksi kain mila, cantik2.

    BalasPadam
  12. x suka juga polycotton tu sebab berbulu kalau buat cadar pun x best

    BalasPadam

Love your comments...