Pengikut

Khamis, Ogos 26, 2010

Muhasabah Ramadhan

Alhamdulillah..
Image from Islamic WallPaper
Dah pun di pertengahan Ramadhan nampaknya kita. Semua orang sudah tentunya sibuk dengan persiapan menyambut Syawal (walaupon ramai yg dah bersiap2 sebelum puasa lg kan). Tambah2 pula orang yang baru dapat "duit raya". Dah tentu boleh menambah senarai barangan yang boleh di beli sebelum menjelangnya Eidul Mubarak nnt.

Selalu kedengaran yang pada bulan puasa inilah Syaitan2 akan di belenggu.. namun perasan tak.. nafsu kita ni kekadang lebih kuat dari pengaruh syaitan. Dengar org lain buat baju 5 pasang, kita plak nak buat 10 pasang, dengar org beli baju RM500.. kita plak nak beli yg rege RM1000, dengar org tukar langsir, kita pon nak tukar jugak, pastu kalau ke bazaar juadah.. semua gerai nak singgah dan membeli, bila berbuka, air kosong jer dah cukup, lain2 tak sentuh hahaha...etc etc..(semua ni ilustrasi shj yer.. tak berkaitan dengan sesapa yg masih hidup atau sudah ke alam barzakh) ... so di manakah penghayatan Ramadhan dalam diri kita, Ramadhan seharusnya bukan sahaja mendidik kita agar menahan lapar dah dahaga, tapi yang lebih penting diri kita sendiri. (peringatan untuk diri sendiri yang saya nak share jugak dengan semua) Kita ni membuat persiapan raya seolah2 inilah raya terakhir kita, sepatutnya kita lebihkan amal seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Bila dah pertengahan Ramadhan ni saya dok muhabah diri sebenarnya:
- Berapa kali dah aku ke masjid berterawih
- Berapa kali dah aku bangun malam tp... tido balik (mcm Allah dah gerakkan hati aku untuk bangun tp aku tolak kan?)
- berapa surah dlm alQuran yang dah aku baca
- berapa ringgit dah aku sedekahkan kepada golongan yang memerlukan
sighhh.... only Allah n me knows
Yang pastinya.. aku ni dok sibuk menjahit dah menjahit. or on my other station.. memasak... pastu dah penat tido.. 
YA ALLAH, JAUHILAH AKU DARIPADA TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG RUGI

Regards;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Love your comments...