Followers

Thursday, August 26, 2010

Muhasabah Ramadhan

Alhamdulillah..
Image from Islamic WallPaper
Dah pun di pertengahan Ramadhan nampaknya kita. Semua orang sudah tentunya sibuk dengan persiapan menyambut Syawal (walaupon ramai yg dah bersiap2 sebelum puasa lg kan). Tambah2 pula orang yang baru dapat "duit raya". Dah tentu boleh menambah senarai barangan yang boleh di beli sebelum menjelangnya Eidul Mubarak nnt.

Selalu kedengaran yang pada bulan puasa inilah Syaitan2 akan di belenggu.. namun perasan tak.. nafsu kita ni kekadang lebih kuat dari pengaruh syaitan. Dengar org lain buat baju 5 pasang, kita plak nak buat 10 pasang, dengar org beli baju RM500.. kita plak nak beli yg rege RM1000, dengar org tukar langsir, kita pon nak tukar jugak, pastu kalau ke bazaar juadah.. semua gerai nak singgah dan membeli, bila berbuka, air kosong jer dah cukup, lain2 tak sentuh hahaha...etc etc..(semua ni ilustrasi shj yer.. tak berkaitan dengan sesapa yg masih hidup atau sudah ke alam barzakh) ... so di manakah penghayatan Ramadhan dalam diri kita, Ramadhan seharusnya bukan sahaja mendidik kita agar menahan lapar dah dahaga, tapi yang lebih penting diri kita sendiri. (peringatan untuk diri sendiri yang saya nak share jugak dengan semua) Kita ni membuat persiapan raya seolah2 inilah raya terakhir kita, sepatutnya kita lebihkan amal seolah2 inilah Ramadhan terakhir kita.

Bila dah pertengahan Ramadhan ni saya dok muhabah diri sebenarnya:
- Berapa kali dah aku ke masjid berterawih
- Berapa kali dah aku bangun malam tp... tido balik (mcm Allah dah gerakkan hati aku untuk bangun tp aku tolak kan?)
- berapa surah dlm alQuran yang dah aku baca
- berapa ringgit dah aku sedekahkan kepada golongan yang memerlukan
sighhh.... only Allah n me knows
Yang pastinya.. aku ni dok sibuk menjahit dah menjahit. or on my other station.. memasak... pastu dah penat tido.. 
YA ALLAH, JAUHILAH AKU DARIPADA TERMASUK DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG RUGI

Regards;

Monday, August 23, 2010

I am Addicted

Macam dah lama je tak post apa2 kat sini kan....
Gambar ni saya rakam semasa di Masjid Negara Jumaat lepas, ikut hubby ada rakaman takbir raya disana. But sebelum tuh off course kitorg join terawih dulu. Lepas terawih ada dikalangan pengunjung disini bertadarus alQuran... best kan. Sebelah kiri gambar tuh, ada cahaya terang tuh lah rakaman sedang dilakukan... tetiba tengah2 malam dengar takbir raya plak haha.. nasib tak syahdu sgt.... kalau pagi raya syahdu beb.. terutama kalau tak berada di rumah sendiri kan...

Since last week saya dok sibuk buat clutch bag.. refer to tutorial from SewMamaSew kat sini..
my first trial, beg strawberry merah tuh.. hehe dah bertuan beg niii. pastu siap request yg besar skit.. nak bawa pergi exam, boleh isi pensil dan sebagainya... request jangan tak request
Siap dah berangan nak bawa beg ni untuk pergi beraya, dapat duit raya letak sini hahaha
Now ubah skit.. jd curvy flap plak tp agak kosong, cadangnya nak tambah butang skit kat luar tuh..
Then try letak lace plak hehe.. cantik jugak
best betul jahit beg comel ni... jd addicted plak.. nak gunting lg untuk beg ni tp ada plak additional baju yang nak kena siapkan tuh..fuhhhhhhhhhh malasnyer nak menjahit baju. For info, kat bahagian tengahnya saya letak batting, tak guna heavy interfacing mcm dlm tutorial tuh. Kat handle pon saya letak batting, so ianya nampak sponge skit ler.. kalau guna interfacing saya rasa mcm kejung sangat plak.


Regards;
 

Tuesday, August 17, 2010

Bantal oh Cushion..

I really admire Ann's Cuhion Cover here.. soo yummy sweet cushion cover.
Teringin nak buat cushion cover sendiri but I dont have many cushion.. only one that my Izzah always wanted to hug it when she goes to sleep... opsss with full of out of the world maps off course.
To buy a new one.. emm not really my interest so.. I decided to do it on my own..
I have my old pillows.. yang dah leper, dah tak selesa untuk digunakan sebagai bantal , so I decided to refashion it for my cushion cover project.. hihih 
Then I sew a 15 x 15 inch fabric.. transfer the fibre from my old pillow to the new cushion case.. see.. the fibre is still cantik dan bersih walaupon kat luar tuh dah kuning
Here it is my new cushions.. available for my next cushion cover project..
So dont throw away your old pillow... refashion it n make is reusable.
BYeeee

Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Monday, August 16, 2010

Suatu hari di bulan Ramadhan...

Welcoming my new tools.. Covered Button Set.. Best sangat dapat tools ni. Butang2 yang dah siap tuh untuk jubah MIL yang dah nak siap except nak lekatkan butang dan handcuff jer lagi..

Its already in the sixth day of Ramadhan... Alhamdulillah, belum lagi ponteng sahur. Izzah pun setiap hari bangun bersahur walau pun dah 2 hari tinggal puasa. We take a stand to encourage her to fast, but in case dia penat sangat or tak larat memang akan suruh berbuka sahaja. Teringat pesan arwah abah, dia cukup tak setuju kalau dengan ibu bapa yang memaksa anak berpuasa habis sampai sebulan. Dan di  sertai dengan tawaran duit raya yang agak lumayan. For him, tak salah mengajar anak2 berpuasa, tapi bukan memaksa dan sebab berpuasa mestilah kerana Allah. Bagi dia, ada hikmahnya Allah tidak wajibkan berpuasa kepada kanak2.... maka mengapa pulak kita sebagai manusia mewajibkannya kepada anak2 kita. Persoalan yang selalu arwah abah utarakan bila ada orang yang dengan bangganya mengumumkan anak mereka habis sebulan puasa... so I take that as a reminder to me also.

Weekend yang best.. sebab dapat berbuka puasa bersama dengan mak dikampung... sempat merasa rambutan yang dah hampir nak gugur kebumi.. ahhh waktu siang mcm sedap sgt rambutan tuh.. malam, nak habiskan 10 ulas pon tak larat hahaha.

Sempat jugak ke surau untuk bersolat terawih.. mengimbau kembali zaman kecik2 dulu.. saf di surau tu penuh 3 or 4 barisan. Tapi kini, hanyalah 1 saf sahaja. Satu demi satu wajah yang aku kenali di jemput Ilahi.. ada sesetengah yang masih ada dah tak mampu nak ke surau, manakala generasi muda, sibuk agaknya dengan persiapan raya dan sibuk dengan anak2 di rumah. Ramai jugak yang merantau (aku pon) sesekala jer balik... Insaf....

Ok.. selamat meneruskan ibadah puasa semua... moga ibadah kita di terima Allah.

Regards;
 Mila@Rimbun with LOVE

Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan alKarim

Kepada semua yang sudi singgah di blog saya ni, tak kiralah samada yang dikenali atau tidak, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan alKarim, bulan yang penuh keberkatan. Bulan yang dinanti2 kedatangannya saban tahun.

Moga ramadhan kali ini adalah lebih baik dari yang sebelumnya seiring usia kita yang makin bertambah. Moga amalan baik kita di terima Allah....

Harapnya saya berpeluang untuk menunaikan solat terawih setiap malam, harapnya Izzah tak buat perangai bila ke masjid.. last year saya ke masjid berterawih, dia dok main lari2 pusing masjid.. fuhhh tension betul, nak solat pun tak khusyuk sebab takut mengganggu orang lain.

Pada kebiasaan tahun2 lepas, time puasalah saya siapkan baju2 raya (macam banyak jer kan).. tapi tahun ni saya dah berazam untuk menyiapkan baju raya awal. Sekarang dah 70% siap kut..
- Baju Kurung 4 pasang (Satu sorang untuk saya, Izzah, MIL, SIL & anak SIL)-baju dah siap, tinggal kain shj, nak lekatkan getah
- Jubah MIL - dah 70% siap.. tinggal nak lekatkn lengan sahaja
- Baju Melayu 2 pasang (Satu sorang, anak SIL & hb SIL)-- baju anak SIL dah siap, tinggal yang hb SIL jer)
-Sulam baju my roommate.. tunggu baju siap dulu. Untuk baju my roommate niii saya tak buat, just sulam jer. Dia lebih suka tempah dengan tailor yang dia suka. Lagi pun saya tak pandai nak buat baju melayu yang dia nak (ada potongan macam baju kemaja kat bahu).. may be will try one day, tp bukanlah baju raya kut.

Emm mcm banyak juga lagi kan. Takpe.. lepas sahur saya akan menjahit.

Oklah.. membebel plak saya kan. Malam ni jangan lupa tukar setting alarm clock kat henpon tuh.. kang tak sahur plakkan..

SELAMAT BERPUASA SEMUA..

Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Monday, August 09, 2010

A Pocket Tutorial

I was thinking of a pocket tutorial for Baju Melayu. A very simple tutorial, may be useful for a beginner ( not really like me.. I am not a beginer neither an expert hahaha I am in the middle). I started to learn and sew baju melayu for my brothers since I was 15. I learned it from my cousin, Embong. She is really an expert in making baju melayu, and she really love to do it because there is no need to handstich, everything sew by machine. Not like Baju Kurung, we need to sembat, jahit leher etc.

First, you need a pocket template.
Mine is 6.5 ich x 7 inch untuk poket bawah, poket atas 5.5inch x 6.5 inch. The size depends on the body size.
Lukis template tersebut di atas fabrik dan gunting. Tambahkan 2 inci bahagian atas poket untuk dilipat.

Kemudian, jahit lipatan bahagian atas pocket













Selepas itu jahit di bahagian bawah, keliling poket dengan jarak jahitan yang besar. Saya menggunakan jarak 4.0 untuk NV50 saya. Pastikan benang tersebut boleh di tarik selepas di jahit, jadi tidak perlu matikan jahitan di awal atau diakhir jahitan.

Then tarik sedikit benang tersebut, biarkan corner poket tu berkedut sedikit. Ini bagi mendapatkan corner yang melengkung dan cantik







Gosokkan sabun buku pada sudut poket, ini bagi mendapatkan pocket yang tajam dan terletak.
Alternatif kepada sabun, boleh jugak guna gam kertas. sapukan sedikit gam di setiap corner... Ini petua yang saya dapat dari adik masa dia belajar menjahit di Dian Fesyen arituh..











Gosok poket tersebut. Make sure you get a sharp corner.
Selepas itu, gunakan template untuk tandakan bahagian poket pada badan baju. Normally untuk poket bawah saya tinggalkan 2.5 - 3 inci tp bergantung pada labuh baju. Ada yang suka baju labuh, so poket tuh kena ke atas skitlah, kira ngam2 bole masuk tangan bila berdiri.











Sekarang bolehlah jahit poket tadi ke badan baju. Gunakan langkah yang agak rapat, slow dan jangan sekali angkat footer semasa kat corner. Kalau angkat footer, ianya akan menyebabkan poket tersebut nampak bersegi instead of smooth corner.






Now here is the finished pocket. i add up a decorative stitch in it. (Kes malas nak buat sulam cabut niii tp hajat besar, nak jugak ada sulam)
OK.. inilah dia the finished product. Teramatlah happy sebab tak de sessi tetas menetas untuk buat baju ni walaupon dah 2 tahun tak buat kolar cekak musang nii... deep in side my heart I was thinking.. maybe because of I wanted to share my knowledge with others, so Allah permudahkan urusan ku.. Alhamdulillah
emmm.. Baju ni untuk my nephew (anak my SIL).. berumur 13 tahun..

Hope you can learn something frome here. In case I missed something, please let me know or else if you wanted to share any tips please share it in the comments.

Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

My New Pink Corner..

What a tiring weekend.. but berbaloi baloi..
Seee what I get...
A "Sarang Tikus" turn out to be MY NEW PINK CORNER

A lot need to be improved especially the table. Need a bigger table but I dont wanna to spend more, just use what ever that I have at the moment.. Many thanks to Ann for sharing on how to fold the fabric.. here what I did...  
Another exciting gadget.. sempena PC Fair.. memborong Netbook hahhaa..
I know what is the Q in your mind.. actually one of this Netbook belongs to my Sis.. We purchased it on behalf so that we can claim for tax.. syyyhhhh jgn bgtau orang LHDN yerr.


Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Friday, August 06, 2010

A Plastic Bag Holder from scrap...

Another sew it project that I am really interested to join
A Plastic Bag Holder..

I made it from scrap.. zigzag sew it and here it is.. saving quarter of my fabric
Those who wish to join please click this..

Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Pagi Jumaat yang kalut...

Semuanya bermula bila Cik Rinnai ku ini mogok 2 hari lepas. Tak tau lerr apa salahnyer.. api tak menyala. maka tak berasap ler dapur cik rimbun niii. Walaupon balik kerja penat penat (penat ke?) tp mmg dapur ler tempat yg pertama aku tujui.. masak simple2 jer for Izzah (my roommate diet memanjang, cukup sekadar salad or buah2 jer.. untungkan).

Mengagau ler cari warranty card... nasib ler aku ni ingat kat mana dia simpan, (sorang suka menyimpan tapi tak hengat kat mana disimpan, sorang lg malas nak menyimpan, letak sesuka hati tp ingat kat mana simpan.. emmm elok ler tuh kan)... So semalam cik kak dari Rinnai dah telefon...
"Dah berapa lama puan pakai burner tu yer?"
"Dah setahun dah.. start pakai October last year"
"Apa masalahnyer puan.. boleh cerita skit?"
"Api tak menyala ler.. tp percikan bunga api tuh ada, gas tak keluar ler plak"
"Saya rasa ler puan, kena tukar bateri ler.. dah hampir setahun kan..."
OPsss mana ler aku hengat yang burner ni pakai bateri.. walaupon aku sendiri yg masukkan baterinya arituh.. Adoiiiiii haiiiii....
So Cik Rinnai aku ni pon dah sihat walafiat walaupon guna bateri lampu suluh hahahhaa.. back up plan jer.. hari ini kenalah mencari bateri baru yerr..

So pagi2 tadi aku pon turunlah nak masak sarapan pagi.. melihatkan keadaan yang agak berselerak dlm kabinet dapur tuh, maka dengan perasaan rajinnya aku mengemas... tetiba tergolek ler plak botol fish sauce yang aku baru beli tuh.. pecah ler plak.. aiyooooooooooooooooo mammmiiiii

At last Izzah kesekolah pukul 7.45.. nasib ler pagar belum tutup... ingatkan dah habis dah penat aku niii..
Sampai kat opis.. alamak.. apsal baju aku ni bau masam n hanyir yer... aggggkkkkk... fish sauce tuh dah kena baju aku yoyoyoyoyooyoyo.. patut ke aku balik rumah tukar baju eks.. or just sit quietly in my room n tutup hidung niiii yakkkkk

Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Thursday, August 05, 2010

Clutch n Make up Bag

Seronok buat clutch dan make up bag nii.. walaupon saya sendiri tak mempunyai sebarang alat mekap kecuali lip balm and compact powder johnson n johnson (yang ntah kemana letaknya tuh-rasanya budak kecik sorang tuh curik2 ambil n tak pulangkan kut).

Fabric tu beli dari My Botang , from 2 FE bole lah dapat these 2 small bags.... Agak2 u all nampak tak apa kesilapan saya eks.... I can see it clearly but how about others yerrr...

Note: the pleated pouch pattern (front) taken from here
Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Wednesday, August 04, 2010

Magazine holder

Another DIY Project by me..

Emm berat sangat bebanan magazine holder ni kut, sampai habis koyak kain nyer. My roommate asked me whether I can give it a new look or else simply thrown it away... The design is quite simple so I decided to take the challenge....

so here it is.. budak kecik sorang tuh tak sabar nak letak majalah Ana Muslim dia...

I have improvised a bit on the inner side of the holder.. in which i made two layers, its original holder only had one layer.

I should put something like the felt flower untuk "naikkan seri" skit kut hahaha..

Regards; Mila@Rimbun with LOVE

My Card Wallet.. Improved Version

Many thanks to those yg sudi share, comment, suggestion in my previous post.
Dah buat yang baru.. (yg dlm tong sampah tuh, lepas 2 3 kali tengok, ambik balik and letak dlm tong lain.. tong UFO hahaha... ambil jargon kak Rozi)... dah improvised banyak part.
Untuk bahagian card insert tuh, saya letak interfacing tebal tp lebih kecil dari saiz kain, so bila jahit, interfacing tuh terletak kat dalam, tak kena pada jahitan (Thanks to Sharfi, K.Rozi, Skin n Nai for your suggestion). Untuk body plak saya tak guna interfacing, tapi guna batting... guna teknik yg Skin bgtau tuh.. kat bahagian bucu tuh, dipotong skit supaya senang nak flip... thanks a lot to Skin... mmg sharp ler bucu tuh n tak susah nak jahit.

Paling best.. dah dapat snap button tool set.. walaupon tak jumpa mana2 tutorial (due to slow connection at home.. Jumaat saya cuti).. at last, dengan mengkaji, membelek snap button pada sweater hubby, dan juga setelah mengorbankan sepasang butang tuh... dapat jugaklah melekatkan snap button ini dengan jayanya.. bravo... bravo..

And... to motivate me and avoiding me from thrown it to dustbin.. in case tak jadi.. I take Kak Rozi's word.. use designer cotton kikiki.. cantikkan gambar rama-rama tuh...


Sekali lagi terima kasih. Mungkin this version bukanlah yang terbaik. masih banyak yang perlu diperbaiki tapi sekurang-kurangnya saya puas hati... (I tried hard to use standard Malays.. huhuhuhu but still using bahasa rojak huhuhu)

Regards;
Mila@Rimbun with LOVE

Monday, August 02, 2010

TinyTini Giveaways

Jom join GA from TinyTini..

Many thanks to Tini for introducing me to the heavy cotton... dah banyak meter jugak beli dari Tini.. dah macam2 jadinya dah.. ada yang jadi beg, ada yang jd bekas tisu.. dan macam-macam lagi lah..

Annnndd kalau dapat free pon laaaagiii suka..

Kalau u all nak free bolehlah ke blog tini Ok.
Bole tengok hadiahnya, kain2 yang chumel chumel tuh..


Regards; Mila@Rimbun with LOVE