Followers

Tuesday, September 27, 2011

Binding : Still learning

Dah lama rasanya saya nampak soalan Bieha ni di posting saya di sini.
Nak menjawab dalam ruangan komen rasanya panjang sangat dan amat susah nak explain in words tanpa gambar.
Dan saya juga dalam proses belajar dan sentiasa mencuba sesuatu yang baru.
Apa tuh soalan nyer... saya paste semula kat bawah ni yerr..
To Bieha.. sorry for taking my own sweet time to answer, bukan kedekut ilmu tapi asyik lupa jer nak ambik gambar supaya penerangan lebih jelas.
Dan my sharing here totally based on my experience yang tak seberapa... maybe kalau otai2 quilt macam K.Dee  or K.Ros boleh komen serba sedikit kut.

My blue baby quilt nii memang menggunakan "pillowcase turn" .. jahit dulu, pastu turn inside out dan topstitch. dan saya memang suka cara mcm ni sebab kain atas dan bawah sama, takde terlipat2 bila quilting, dan satu lagi ianya menjimatkan kain, betul tak. Rasanya kebanyakan comforters in the market, use this technique, jangan heran yerr saya memang suka membelek2 haha


And for this one saya menggunakan binding dengan kelebaran 5 inch, so bila lipat dua, jadilah 2 inch sebelah depan dan 2 inch sebelah belakang.. saya tak pasti apa istilah untuk binding camni, rasanya pernah tengok satu tutorial, tapi bila cari balik dah tak jumpa

Yang ini pon guna technique yang sama


Since dah tak jumpa kat mana tutorial tuh saya tunjukkan serba sedikitlah, tapi gambar ni cuma lebar 2 inci jer

Basically kain tuh di lipat 4 seperti dibawah

then just attached jer, patutnya saya guna binding foot tapi dah terbiasa guna footer biasa,
jahitan binding ni sekali jer lah, belah atas, kena make sure jahitan kena pada bahagian bawah kain untuk binding yerr


Dan ini bahagian bawah.. taklah cantik sangat, but oklah bagi saya. Bagi saya kalau guna machine binding yang jahit dulu belah depan and then lipat and jahit lagi, lagi worst dari this... yang pernah saya buatlah, or else saya kena practice more, supaya lebih cantik. But yang ini mmg menjimatkan kain. Kalau guna kaedah biasa, kena gunting kain yang lebarnya 4 inci, lipat 2 baru jadi 2 inci kan, then bila attach baru jadi 1 inci each side (aishhh betul ke kiraan saya niii) 



Another three sejadah muka dah siap...

This is just sharing dari budak yang baru belajar.. really appreciate others comment in this posting...

Update on 28/9/2011 : I think I will try on this method one day http://www.patchworkposse.com/blog/2010/03/how-to-bind-a-quilt-tutorial-2/

Regards;


Sunday, September 25, 2011

Its Purple Green...

I took almost 3 weeks to finish these.. rasa leganya bila dah siap
dan
biasalah.. di sinilah tempat saya "documented" my artwork

Its baby quilt set in purple green theme for my beloved TF friend.. Nora Indah yang bakal melahirkan baby boy, insyallah, end of Oct ni... (betul eks??)

Kat bawah ni Quilt Playmat/Matress Cover size 44inchx 35 inch... terlebih besar skit sebab border tuh. Ada sulam "Our Precious Gift" kat quilt tuh, tapinya tak menyerlah sangat, masih lagi fail dalam pemilihan benang sulam.
Quilted pillowcase.. siap ada applique burung and lady bird tuh
Bolstercase


Yang ni plak baby quilted reversible shoes and bib


Slowly I am learning, yang ini nampak menyerlah skit kan sulamnya


Yang ini simple diaper bag, jangan tertipu dengan warna nya tuh yerr.. sila tengok gambar di atas untuk warna sebenar hikhik (macam pengumuman di kaunter pertanyaan plak)
Pertama kali jugak saya mencuba menggunakan piping, guna piping cord kecik tuh dan menggunakan tapak zip.... emm lepas ni boleh cuba pada cushion cover plak.


Yang ini diaper stacker, actually its a free gift from me.. additional to the above
Try2 jugak menyulam, tetiba dah siap baru perasan saya lupa nak letak "d", so jadilah "Diaper in house" instead of "Diaper in d house"... harap cikgu BI tak marah yer hehehe


Opssss.. bila dah siap semua ni baru saya perasan yang saya tertinggal sesuatu, iaitu quilt travelling bag.. aiyoooo, dan lebih sadis lagi kain warna hijau n purple saya dah habis. Harap tuan punya ni consider kain lainlah yer. Kalau idok terpaksalah saya kekedai kain dulu (mokcik sukerrrrrr :)))))

Oklah.. selamat berhujung minggu kawan2 semua..

Regards;
 

Friday, September 23, 2011

Addicted to.... Fabric

Salam pagi Jumaat kawan2 semua. Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan juga hari yang sungguh menggembirakan bagi para buruh paksaan seperti saya ni... sebab esok cutiiii horeyyyyy (me: sila siapkan kerja2 anda dulu yerrr)

Saya ni dah dapat hobby baru, hobby baru saya ni mengalahkan penagih ganja rupanya, tapi mahalnya lebih kurang ler jugak hahaha... apa lagi shopping kain lah kan (ini hobby dari dulu lagi kan), tapi kalau dulu dok cari locally, now mengembangkan sayap cari kat over the sea plak aduhhhh sudah makin parah.

Yang ni fresh from envelop.. Bila tengok kain2 ni hati jadi happy sakan jer, nak buat apa tuh kendian ceritalah yerrr
Collection from Moda  & Riley Blake

Yang ini plak last few weeks.. seswai betul untuk buat baby quilt kan kan.. collection from Free Spirit & Fabriquilt

Aishhhh bulan ni kena post siap2 duit ke ASB keee akaun LTH kerrr kan.. tinggalkan balance untuk lunch jer dah lah kan.. kalau idok, abihlah daku shopping sakan lagi... dan dan satu lagi, credit card tuh letak bawah bantal lah... aiyakkk paypal kan ada.. (me: memikirkan cara terbaik utk menipu diri sendiri hahaha)

Wokehlah.. kalau ada sesapa kenan dengan kain2 kat atas tapi nak small quantity jer, I am more than willing to share it you. Bolehlah ke Fabric for sale kat sini ok. Maximum one yard je lah, banyak2 kang habis plak kain2 saya ni hahaha...

Regards;
 

Thursday, September 22, 2011

Happy Day..

Seronok betul saya semalam kerana mendapat kunjungan dari budak comel niii

Ingat tak lagi cerita saya pasal my first anak saudara April lalu..

Sekarang dah besar dan comel tau.. tengok tuh bulat betul mata dia bila tengok camera, betapa sukanya kakak dapat kunjungan dari adik dia niii..


Sesekala pegang baby, kakak ni kekok skit. Pastu pantang baby nangis, dok tutup telinga jer. Wahhh rindulah plak dengan budak comel niii.
Bilalah lagi nak jumpa Aliya.. ntah2 dah berlari dah nanti kut.

At my station... another attempt to use my NV90e...
TISSUE for U.. anyone?

Its tissue box cover for car (for 50ply tissue box), ini repeat order from officemate hubby, harap tuan punya nya sukalah dengan hasil tangan saya ni..


TEMPAHAN BABY QUILT SET pada yang berminat..
Saya mendapat banyak email pertanyaan berkaitan dengan tempahan baby quilt set..
Actually, saya memang ambik tempahan (skit2 jer) untuk buat baby quilt beserta set bantal, selimut, beg, diaper stacker, etc.. terutama yang nak serba serbi sedondonlah kan.. tetapinya seperti biasalah, kalau jauh lagi dengan deadline, insyallah saya terima, but kalau nak urgent, maafkanlah saya kerana terpaksa tolak, almaklum part timer kan.. So far rasanya saya hanya boleh menyiapkan dua atau tiga set sahaja sebulan, so first come first serve lah yerr...
Berkaitan pilihan kain plak, saya ada upload gambar sebahagian kain2 yang ada dalam simpanan saya, bolehlah berkunjung ke Fabric Selection di sini
Tentang harga, totally depends on the fabric and design... ranging between RM150-RM250 untuk Baby quilt set (Baby quilt [+-43x33 inch]+quilt pillowcase+2 bolster+bib+shoe), Kalau nak tambah lain2 tuh harga pon lainlah yer.. Saya akan quote price bila dah tahu nak fabric mana satu dan nak design macamana, no harm asking k.
*********

Always remind myself... sewing is not my part time job but merely my hobby hahaha

Regards;
 

Sunday, September 18, 2011

Weekend without title..

Three days at home... dan yang bestnya hari2 tak perlu masak, sebab banyak sangat open house.

Maka banyak projek jahit saya siap.. mission accomplished

Yang ni sejadah muka, tempahan jiran. Setelah membelek sejadah muka saya masa solat terawih masa ramadhan arituh. jiran saya ni nak ke menunaikan haji tahun ni dan berharap sangat saya boleh siapkan sebelum dia ke Mekah.. alhamdulillah siap jugak..


simple2 jer.. dan menggunakan corak plain n bunga. Agak tak praktikal kalau guna corak kartun kan kan..


Ini plak diaper stacker


Try2 jugak menyulam yang simple2 jer.. harap tuannyer sukalah..


Sedondon dengan tissue box holder for car nii..


Ada satu lagi diaper stacker in Green tapi lelain kalilah tunjuk yer... kasi siap semua sedonodon baru boleh citer hehehe

Dalam proses menyiapkan baby quilt... sooo sad that my walking foot patah ler plak... I should take a blogger friend advice before buying this.. patutnya beli yang original lah...


Nampaknya kena mencari footer baru lah lepas ni uhuk uhuk.. nasib tinggal nak binding jer, so bolehlah guna footer biasa tuh.. kiranya dah siaplah baby quilt tuh, tapi tokleh tunjuk lagi sebab ada lagi yang belum siapnyerrr... emm pasni kena settle kan diaper bag dan baby shoe.

Cer cuba teka.. apakah ini? Nak buat wall hanging kah? Pillowcase kah? apa eks.. hehehe


Selamat Malam semua...


Regards;
 

Thursday, September 15, 2011

Apple oh Apple (Part1)

An Apple a Day, will keep the Doctor away... (Is it true??)

These are my lunch in this few days... so no more daydreaming in front of my PC during lunch hour..


Some might not get what does this pattern has to do with apple.. but some might understand it already.. Its an Apple Cores patchwork pattern... I took the pattern from Thimbletales here. Alternatively you can also download free pattern from PBtex here, or Quilter'sCache here.

Actually I am looking for alternative of Hexies to finish off my scrap, then I found this pattern, agak mencabar jugak nak cantumkan curve tuh, but after few pieces,  ok lah.... Saya kecilkan pattern supaya boleh gunakan small scrap, but to cut the fabric into this pieces fuhhhh... takat nak habiskan leisure time boleh lah...


Baru besar ni jer yerrr.. few more pieces yang belum cantum dan saya dah habis potong semua scrap yang available untuk pattern ni.. ada sesapa nak donate scrap lagi kat saya???? hehehe...


Thats all for today...
Selamat Hari Malaysia
Selamat berhujung minggu
Selamat ber'open house' Raya
Selamatlah semuanya ok.


Regards;
 

Monday, September 12, 2011

Log Cabin..

Trying a log cabin quilt pattern for the first time.... and this is the outcome

Its a beginner pattern, easy to do but a bit tricky especially when assembling the colours... dalam banyak2 tutorial on the net, I really like this tutorial from straw.com, 
A lil bit history of this giant cushion... its my best friend masa di UIA dulu haha.. Kawan2 masa kat Mahallah Sumaiyah dulu mesti pernah jumpa this big cushion of mine if they come to my room, but now with new skin. I had also put in more fiber inside it, kalau tak, dah lama leper jer... soo berapa agaknya usia bantal nii eks... more than 15 years I guess.

Zoom dekat skit.. bermalasan dengan FMQ


Every corner had a different FMQ pattern kikiki.. beginner camtuh ler.. kalau pattern sama jer boring ler plak


Kat belakang, dah takmo guna zipper.. camni lebih selamat n lebih cantik, I found this apple fabric from Kamdar, tak sangka Kamdar ada jual fabric camni kan, selalu jumpa bunga2 jerr


Lepas ni bolehlah try buat harvest log cabin wallhanging camni plak hehehe

Eh eh mana plak pin saya ni hilangnya yerrr... I am using this pin when quilting..
haaaa kat sini dan jadi camni plak dahh ..


dah jadi gelang rupanya... budak kecik ni kalau tak tengok TV camni lerr


Tapi kekadang ada jugak jasanya... seeee dia dah fill in ummi's bobbin dengan benang putih semuanya...

And here is my latest edition of Sew Hip.. that mystery quilt is soooo adorable.. bilalah agaknya saya boleh buat quilt secantik ini and hang it at my living room.

Minggu ni dah start banyak jemputan open house dan kenduri, projek jahit saya ni banyak yang tergendala sebab banyak habis masa di jalanan (jalan jemmmm!!!). Dan juga.. mata pon asyik mengantuk jer sebab perut kenyang hahaha...

Selamat bertugas kawan2.... minggu ini 4 hari bekerja jer kan.. seronoknya... (bersemangat niiii) extra days for me to sew

Regards;
 

Thursday, September 08, 2011

Baby quilt in progress..

Bila dapat tempahan baby quilt ni.. saya memang excited sekali.. I sew with soooo much love

Semuanya still in progress..

Yang ni tema purple green as requested.. kain baru dapat dari Maymay semalam hahaha...
sempat menjahit lepas berbuka semalam n lepas sahur pagi tadi dan jadilah sebegini, rasa nak berpuasa another one month plak sebab boleh bangun sahur pagi2 n lepas tuh menjahit..

Yang ini plak tema Tutty Fruity Pinwheel, tinggal nak letak backing & binding jer dah.


Bila saya excited sangat menjahit nii, kat office pon teringat-ingat kat mesin jahit.. terukkan saya niii. Alangkah bestnyer dapat menjahit seharian, tapi awas.. kang sakit pinggang plak hihii
Berangan nak fulltime menjahit tapi I love my payday sooo sooo much (pinjam kata2 my blogger friend haha)


Regards;