Pengikut

Jumaat, Januari 13, 2012

Make over old t-shirt.....

Happy Friday kawan-kawan semua.
Sekejap jer hari berlalu kan, dah hari ke 13 ditahun 2012, sedar2 nanti kita dah nak menyambut tahun baru 2013 plak. Agak-agaknya bumi ni dah terlalu cepat berputar kut, itu yang siang dan malam terlalu cepat bertukar hahaha..

Saya ada satu pending projek sejak dari tahun lepas.... now bila dah tak bizi di office, almaklum budget2 owner sekarang dah senang hati sebab budget dah approve... maka saya pun figure out aktiviti jahit saya masa lunch hour, jangan tak tau.. banyak lunch hour sewing project saya yang separuh jalannya dari last year hahaha...

Inilah dia baju Disney Princess Izzah yang saya beli 3 4 tahun lepas.. tapi lebih teruk dari baju pasar malam kualitinya... (aishhhh kut tak ori kut, sebab saya ni buta brand)
Gambar2 princessnya ni habis pudar dan menyebabkan ianya melekat2, mcm gam gitu.. tapi baju ini masih elok lagi untuk dipakai, plus ianya lengan panjang, sayanglah nak dibuang begitu jer.
Nak bagi orang pun segan kan.
Tambah pulak saya bukanlah jenis orang yang suka mewahkan sangat anak, walaupun hanya seorang jer. Kalau baju2 tuh kenalah pakai sampai lunyai hahaha.. kiranya kalau tak padan baru boleh buang or jadi kain lap.

So saya bercadang untuk pertama kalinya mencuba felt t-shirt...
Google jer applique pattern kat internet

Taraaaaaaa....
Inilah dia "jumbo in love"

Izzah suruh letak nama kat jumbo tuh, satu Ummi, satu lagi Asma.... tapi rasanya macam umi niii dah malas, kalau dia insist jugak nanti baru lah buat..

Saya sebenarnya tak berapa confident sangat dengan felt ni, dok tertanya2 lagi ni, kalau masuk washing machine ok ke? Agaknya berapa lama boleh tahan? tak berbulu ke? Akan terjawab bila dah pakai dan basuh nanti yerr.. wait and seee..

Izzah dah masuk darjah 4 this year, means dah kena pilih nak masuk kelab ko-ku apa kat sekolah.
Semua in the list dia tak kenan..
Bola Jaring... takut nanti orang baling bole kena kat dia
Bola tampar.. pon sama, takut bola (ummmm memang dah anak umi kan)
Apa2 berkaitan dengan bola tak mo masuk sebab takut kena bola wakakaka.. kecuali badminton.
Katanya alangkah bagusnya kalau ada kelab menjahit atau pun kelab kraf.... nak buat apa2 suruh jer ummii... tekkkkkk!!!!! ayat tak boleh blah betul.
Tapikan.... bila saya fikir2 balik, bagus jugak kalau ada kelab kraf kat sekolah niii. Bukan takat nak jahit2 tapi lebih kepada mendedahkan budak2 ni dengan kraf sejak dari awal lagi, siapa lagi nak mewarisi seni kraftangan kita seperti menenun, melukis batik etc etc. Tangan orang kita ni sebenarnya berseni kan....

Oklah... selamat bercuti kawan-kawan ku semua.. have a nice weekend.


Regards;
 

12 ulasan:

  1. Cantik baju tu bila dah dimekapkan. :)

    Selamat berhujung minggu, Mila.

    BalasPadam
  2. kelako la izzah..nak senang je ek..eheeh..tapi betul la, kat sekolah takde kelab kraf atau yg seangkatan dgnnnya..kalau anak cina, dr kecik parents dah hantar ke art school..sy ingat lagi kalau kat sekolah dulu subjek lukisan, lukisan2 budak2 cina ni la yg paling cantik..

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. wah!nnt aku tempah wat make over t-shirt lama aku..hihihi

    BalasPadam
  6. Mila...kreatif lah...rasanya maybe berbulu kot kalau masuk washing machine tapi tak tahula kot quality felt.Izzah sama lah dgn sofiya sibuk lah nak pilih ko-ko ...geram juga.permainan yang paling tak suka sekali ...sekepala je dengan izzah ...

    BalasPadam
  7. Kalau di sek men memang ada Kelab ERT (Ekonomi Rumahtangga).. Boleh belajar menjahit dan memasak.

    Cantik baju tu selepas make over. :)

    BalasPadam
  8. Very good idea and the new t-shirt cantik!

    BalasPadam
  9. betul kak..saya mmg teringin nak lukis batik..tercapai jugak hasrat masa kat univesiti ade koQ lukis batik

    BalasPadam
  10. Love makeover projects.. :))Cute aje elephants tu and kemas jek your stitches.. I pun skeptical ngan felt ni.. But they are easy to use to embellish projects kan..

    My girl pun will start darjah 4 in April, and she has to decide on a club soon.. I would really prefer for her to join some sports club to get her moving.. So has Izah decided to join which club..?

    BalasPadam
  11. Sue.. so far dah basuh 2 kali, nampaknya ok jer felt tuh, x berbulu or pecah...

    Izzah masuk bola baling and puteri Islam, sukalah dia sebab puteri islam tuh kan pink, she love everything about pink hahaha...

    BalasPadam

Love your comments...