Pengikut

Sabtu, April 30, 2011

MyBotang Sew Along - Appliqué Project (Phase3)

Lets spot the difference..

The highest number of differences with get a chance to...... attend Prince William's wedding wakaka.. tipah tertifu betul kan.. (tengah menaip tapi telinga dok dengar sorakan kat wedding tuh bila VVIP diorg ni sampai)

Finished on the sewing stage.. as u can see, the stitch is quite uniform... yez yesz.. I didnot use free motion. I choose this number 9 stitch... and I added the butterfly and the bird..


Nak jadi apa dengan bunga2 ditaman nii yer.. nak di siram dan di baja.. TUNGGUUUUUUU

Wokey.. tak boleh nak cerita panjang lagi dah... nak sarapan and then mengunjungi KLIBF2011. Kepada kawan2 yang nak kesana juga... Jumpa di sana yer


Regards;

Isnin, April 25, 2011

Nak tak baju melayu dengan sulam tarik benang?

Bila ber'blogwalking'.. terbaca pasal tempahan baju raya, barulah saya teringat yang this year saya tak menyulam. Hubby pon dah cakap awal2, tahun ni tak perlu baju melayu.. dah terlalu banyak, cuti sekolah pon sekejap jer, and this year turn raya kat Temerloh. Orang semenanjung ni raya mana ada pakai baju melayu full suite sampai raya ke 7 kan kan

Tapi saya teringin jugak nak menyulam..
Setelah di pikir2kan... saya nak open for order untuk sulam tarik benang ni kepada yang berminat, terutama baju melayu budak lah.. kalau baju melayu orang dewasa, saya akan terima jugak, tetapi saya hanya akan sulam sahaja dan akan hantar ke tailor lain untuk jahit-bg tailor yg betul2 expertlah kan-

Ni contoh baju melayu teluk belanga yang saya buat untuk anak sedara last 2 years...

Seronok sebenarnya menyulam niiii.. For details, jemput kesini yer


Regards;

Cloth PantyLiner for sale


More cloth pantyliner for sale..

Material : Flannel on top and bottom, sandwiched with microfleece

(my microfleece stock are depleting... :( sigh)



For detail, please visit MyLilShoppe ok




Regards;

Kraf Kami..

Its raining outside, and the lil gurl need to shut down the TV, biasa ler kan.. Astro niii tak leh beat thunder and ligthening, and she has nothing to do other than asking for helping me with sewing things.. aghhh malas betul nak layan, sebabnya dok asyik nak buat embroidery jer dengan NV50 nii. Nak tulis nama lerr, nak jahit bentuk LOVE lerr.

Then i had an idea.. why not introduce her to felt. And surprisingly, she loves it.
Her sewing skill mmg at the bottom ler kan.. seee

but in 2 hours session, she improves a lot. yg smiley tuh skit jer dia buat, the rest ummi buat demo jerr
Malam ni dah booking siap2.. nak buat letter I Z Z A H plak dah.... siap cakap lagi.. "sekarang dia tau kenapa umi suka sangat menjahit.. best rupanya" hahaha. Dok plan nak buat hadiah Teacher's Day utk cikgu2 dia lagi tuh... emmm akan habis lah stock felt umi yerrr...

Sambil menjahit tudung weekend arituh, sempat jugak saya buat patchwork... dah boring jahit tudung, buat patchwork plak hahaha... this my WIP.. nak jadi apa tuh.. tungggguuuuu



Monday in peace..
ADIOZ

Regards;

Jumaat, April 22, 2011

EarthDay pledge : Jom join this Giveaway from Anic

Lets use cloth pad, its healthy for you, save your pocket and save the environment...

Wanna a try for free?
Jom join Cloth Pad Giveaway from Anic here
Cantik kan??? chomel kan??? Apa tunggu lagi.. jom.

Hopefully I can have the opportunity to try CP made by others.. yang buat sendiri nii dah biasa pakai kan.
Wish me luck hahaha..

Regards;

Salam Pagi Jumaat yang ceria..

Salam ceria semua..
wahhh saya memang gembira betul hari ini.
Bukan sebab esok cuti tau..
Bukan jugak sebab harini roommate saya balik dari outstation.. maka berakhirlah kekalutan di pagi hari ku ini
Bukan jugak sebab saya akan terima barang yang saya shopping online wakakaka

Sebab... tuan punya my purple pink nii dah pun keluar, seee

comelnyer dia.. putih bersepuh, macam ayah dan maknya juga.

Alamak.. what should she call me yerr.. makwe or mak long or Acik Mila orrrr.. apa eks. This is my first ever dapat anak saudara, takmaulah gelaran yang sama macam anak2 saudara yg jauh (I mean anak cousin etc).
Tak sabar rasanya nak pegang si Alia niii. Maka dengan rasminya gelaran cucu tunggal untuk si Izzah ni dah tak boleh diguna pakai hahaha.... budak tuh jeles tapi tak sabar nak tengok baby

Selamat berhujung minggu semua..
pst pst.. arini nak cari pattern dress baby gegurl kat internet, weekend ni boleh jahit hahaha
BYEEEE

Regards;

Khamis, April 21, 2011

Mug's BFF

Practising my binding skills, I made these mug's best friend.... quilted mug coasters.

Dulu2 tak pandai pakai coaster ni.. so letak atas tissue jer, pastu buang, tapi now dah ada coaster, memang menjimatkan tissue dan agak bersih meja ku ini hehehe.





Menjahit ala2 buang masa dan release tension... tension sebab kena handle budak kecik tuh sorang2... hinggakan terbawa beg daycare and beg sekolah agama Izzah ke office. Tak pasal2 kena balik menghantar beg-beg tuh. Nasib baik kali ni saya ingat nak pakai kasut. Pernah sekali tuh saya terpakai selipar jepun ke office... gara2 kalut di pagi hari.
Walaupon sebenarnya banyak tempahan tudung yang perlu disiapkan before bulan May niii waduh waduh. Plus tempahan yang bermasalah sebab banyak sangat nak personalised..... saya malas betul nak ambil tempahan yang terlalu detail, nak camtuh, nak camni... boleh fengsan menetas before dapat seperti yang dikehendaki... kalaulah saya yg directly in contact dengan customer ni.. maunyer saya tolak awal2. Customer is always ringht, but I always have the right to accept you as a customer or not wakakaka.. ada plak camtuh eks.

Note: Interested on the mug coasters.. please proceed to  MyLilShop

Regards;

Rabu, April 20, 2011

Dah ke belum????

Sajerr buat reminder kat diri sendiri dan juga kawan2 semua..
Hari ni dah 20th April 2011.. another 10 days to go for the deadline of the
submission kat sini

Saya? Baru jer klik klik "setuju" tadi wakaka sebab tuh ingat awal skit dari tahun lepas yerr... harapnya refund pon dapat awal, jangan macam tahun lepas, January 2011 baru dapat. Itu pon dah beberapa kali saya call.Hilang beberapa bulan dividen ASB den hahaha.

ADIOS

Regards;

Selasa, April 19, 2011

Paper Piercing Block (Part 2)...

Finished with my Colorwheel Geese pattern
I am turning this block into an 18x18 inch cushion cover

Aghhh boleh fengsan buat paper piercing niii rasanya.. in conclusion, NOT my preferred method. Rela lagilah potong2 kain, dari menjahit atas kertas macam ni. Then, leaving me with smallest scraps, macam kena makan tikus hahaha


My favourite spiral FMQ.. - faveret kee ataupon pattern lain sedikit keras tangan nak buat wakakaka-


Good thing about paper piercing... you will get a sharp corner and it was very neat..


Another story... Masa balik dari Temerloh on Sunday, kami tengok dah banyak gerai durian di sepanjang jalan area Bentong sana. Hajat hati nak singgah, tapi hujan lebat ler plak.
Sampai KL, cari jugaklah durian niii jeng jeng jeng....
MUSANG was in the houzz.. presenting musang king bought by my dearie hubby - first time tasting this type-
Walaupon regenya agak mahal.. masa beli ni RM28 sekilo, dan sebiji ni beratnya 2 kilo.. tapi berbaloi-baloi. Memang tak pandang D24 dah. Rasa dan tekstur nya yum yum yum. Bijinya kecik jer, plus kelima-lima pangsa mmg penuh dengan isi... terasa macam nak tanam pokon doriyan ni plak. sorry lerr kalau buat penggemar2 doriyan terliur yerr. Cepat serbu gerai doriyan jom.


Regards;

MyBotang Sew Along - Appliqué Project (Phase2)

Updating my project here...

Tak sabar rasanya nak mula menjahit...

Regards;
 

Jumaat, April 15, 2011

Paper Piercing Block (Part 1)...

I am learning another technique called Paper Piercing Block from The Sometimes Crafter.
This block is a free pattern by Beth Maddocks at her website Piece By Number

A bit tricky at the beginning. But on the third piece.. I got it. Rupanya taklah susah sangat, tapi its a messy job to sew on the paper. Plus if you need to "tetas menetas", you need an extra careful not to tear off the paper.


I dont have the fabric softener sheets, so I only use an A4 paper.. therefore, its quite difficult to see through the fabric below the paper. Somemore, its an 80gm paper, agak keras dan susah nak tear off. Menyebabkan ada benang yang tertarik bila kertas tuh ditanggalkan emmmm..



Only 1/4 of the block, another 3 to go lalalala.. tapikan.. bila mencuba sesuatu yang baru macam ni, menyebabkan saya a bit excited to finish it.

And this is another pencil case. My marketing manager a.k.a Izzah Si Chomel niii dok push the production line suruh siap cepat yerrrr. Takleh tunggu2 lagi, esok nak bg kawan dia yang order tuh.


Tau sebab apa dia nak cepat sangat.. so that she can earn her commission faster wakakakaka.
Sebenarnya, saya rasa bersalah jugak nak jual barang2 ni kat sekolah, ye lah.. kesian parents diorang, kalau anak dah ada cukup segala kelengkapan stationery semua, tetiba nak beli lagi sebab tengok kawan ada pencil box baru yang cantik. Tapi I cant afford to give it for free...

Today dah Friday...plan to go to Jln TAR today wakakaka. Esok nak balik kampung plak.. excited bukan main yerrrr
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU SEMUA...

Regards;

Khamis, April 14, 2011

Dah kenyang, dah lena...

Makan tak lena, tidur tak kenyang opssss salah peribahasa plak
Makan tak kenyang tidur tak lena..
Macamana nak kenyang, kalau belum lagi ummi masak, si budak kecik ni dah tanya..
Baru nak rebahkan badan pon, budak sorang ni tanya lagii..
Apakah pertanyaan itewwww..

"BILA NAK SIAPKAN SELIPAR MA"

Dan tetibalah plak budak kecik ni menjadi sangat baik, macam2 nak tolong ummi yerr.. supaya ummi boleh jahitkan selipar dia lah tuuu hahahah.. hari2 macam ni kan bagus.

Dan akhirnya.. siaplah jugak barang yang di pinta.... Sampai rumah jer, lepas makan terus potongkan kain, tak sempat lah ummi nak mandi dulu or nak rehat2 dulu yerr


Nicely fit her feet.. This time I used heavy cotton, kecuali belah dalam, saya guna flannel.. lebih2 buat selipar saya dulu


Gambar kat fabrik tuh pon terbalik lerrr... tu lerrr nak cepat sgt, sampaikan tak perasan kanan lain, kiri lain.. lantak ler labuuuu..


Seee.. budak ni suka bebenor... tapi ni gambar ahad lepas, lepas memotong rambut "hantu kak limah niii" hahaha


yer yer.. ni sebelum potong. kengkononnya nak rambut panjang, tp malas benor nak sikat rambut. Kalau ummi nak sikatkan takmo, sebab sakit katanya. Suruh minyak rambut pon takmo, maka ayahnya panggil rambut hantu kak Limah kikiki. Nak tau sapa yang boleh sikat rambut dia... mak dia jer lah.. itu ayat bodek, sebab nak suruh mak duduk dengan kami, jaga cucu mak yang seorang niiii.

setelah berbulan kami pujuk untuk potong. Segala jenis rasuah bagi pon, tak jalan. But akhirnya.. kikiki.. termakan rasuah jugak.

Byeee

Regards;

Selasa, April 12, 2011

MyBotang Sew Along - Appliqué Project (Phase1)

Phase 1 : Print pattern, instruction and choose fabrics - 11 - 17 April (1 week)


Camana nak mula niii.. emmm kumpul2 bahan2 yang diperlukan lah dulu yer..
My plan this time is to clear off my scrap... yesss I love scraps.
Ok.. apa yang ada, and apa yang takde.. and what is the alternative (my mind keep on thinking hehehe)
Lets refer to step by step instructions by sewmamasew , everything are there EXCEPT paper-backed fusible adhesive..
Aiyooo mana mau cari yer?

Ada or takde project mesti mau jalan... ahaaaa I get the solution in mind... why not use the interfacing, medium thick and use the handicraft bond.. or incase tak jalan jugak, I will use my adhesive spray hehehe. Yang penting ianya melekat both side kan.

Just sharing, melalui pengalaman2 lalu dengan applique ni (takat satu dua projek jer pon), the interfacing is a must to prevent the fabric from fraying... and making it stable when we sew it. Dan kalau kita refer to any tutorial on the net, mesti diorg pakai fusible web or kekadang ada yang guna freezer paper. Kalau tanya kat saya, camna bentuknya freezer paper niii.. memang saya tak pernah tengok(live), rasa, apatah lagi menggunakannya.

The backing fabric... aggghhhh.. saya memang selalunya termenung lama depan fabric2 yang saya ada. 
Then saya pilih this combination..
emmm ok tak eks.. still thinking.. kang tetiba dapat firasat dan makrifat lain.. tukar plak hahha. 

Ok..to those who join this project, I really hope that we can share and gain more experience.... to others yang malu2 dan segan2 tapi mau join, silakanlah yer. For detail silalah ke MyBotang

As-Salam

Regards;

Isnin, April 11, 2011

Scrap Clearance...

Semalam saya sempat membelek Majalah Ana Muslim Izzah, baru dapat hari Sabtu arituh. Yerrr.. saya langgankan Ana Muslim, supaya si Izzah ni boleh dapat surat hahaha. Sebab dia cukup marah, semua surat dan majalah untuk ummi dan ayah jer. Dia pon nak dapat surat/majalah jugak kat postbox.

Dalam tuh banyak betul kad ucapan selamat hari guru... emmm next month dah hari guru rupanya. Dan dah pastinya Izzah ni nak bagi hadiah untuk cikgu2 dia. So saya pon tanyalah.. berapa orang yang dia nak bagi hadiah nanti. Amboi amboi mokcik ni bilang semua cikgu dia sampai habis sepuluh jari... terkejut badak ler ummi. Tak kan semuanya nak bagi hadiah.. kad udah lerrr.

Lepas tuh, saya pon dok membelek2 kain2 yang ada. Banyak jugak lagi heavy cotton scrap saya nii. agak besarlah jugak, bolehlah nak cantum2 and jadilah.... macam niii


Agak2 kalau untuk hari guru nanti, bagi hadiah camni untuk cikgu, cikgu2 suka tak eks...


Regards;